Wednesday 18 January 2012

abang saya

Assalamualaikum to all of my readers..hari ini, pagi ini, ketika menulis air mata masih berjujuran...dikejutkan dengan pemergian abang saya iaitu Ismail bin Mohd Harun ke rahmatullah pagi tadi...saya sentiasa memaafkan arwah jika dia ada sebarang salah silap pun terhadap saya walaupun sebesar zarah sekalipun...sedekah Al-Fatihah buat abang saya yang akan menuju alam yang lain dan saya mengharapkan abang sentiasa berada disisi orang2 yang soleh...saya hanya mampu mengalirkan air mata tanpa dapat melihat dia buat kali terakhir kerana saya berada di s.alam dan bas full sepanjang 2 3 hari sempena bermula cuti cny...abang bongsu saya iaitu abang Edi mungkin kesedihannya lagi menebal kerana dia tiada di Malaysia kerana bekerja jauh di Cuba..
mungkin tiada rezeki melihat dia
buat kali terakhir tetapi saya telah melawatnya waktu arwah terlantar sakit dirumah 2 hari sebelum tahun baru ini..saya masih sempat membuat entry ni kerana tak tahu mahu meluahkan pada siapa perasaan sedih ini selain orang yang rapat dengan saya...semoga isteri serta anak2nya tabah menghadapi dugaan...buat arwah, saya titipkan Al-Fatihah untuk mengiringinya ke alam barzakh....dari Dia kita datang, dari Dia juga kita kembali.....semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.....

No comments:

Post a Comment